MAJELISILMU.COM – Siapa sebenarnya yang pantas dan layak disebut AHLUL AL-QURAN?
1. Abdullah Bin Mas’ud RA berkata : Seharusnya seorang ahli al-Quran dikenali dengan waktu malamnya kerana manusia lain tidur, dengan waktu siangnya kerana manusia lain berbuka, dengan sikap waraknya kerana manusia lain bersikap bangga diri, dengan perasaan syahdunya kerana manusia lain bergembira, dengan tangisannya kerana manusia lain bergembira, dengan tangisannya kerana manusia lain bergelak ketawa dan dengan sikap pendiamnya kerana manusia lain bersukaria.
2. Muhammad bin al-Husain RH berkata : Sekiranya mereka ditimpa kesusahan, mereka akan berserah kepada Allah yang Maha Mulia. Mereka tidak akan mengadu kepada makhluk. Allah SWT lebih dekat di hati mereka. Mereka telah belajar tentang adab al-Quran da sunnah. Mereka adalah tokoh yang mana tindak tanduk mereka diikuti. Ini kerana mereka adalah manusia pilihan Allah yang hampir dengan-Nya. Merekalah golongan yang berada di dalam kelompok Allah. Bukankah kelompok Allah itulah mereka yang akan berjaya?
3. Imam Fudail bin Iyad RH berkata : Seharusnya seorang penghafal al-Quran tidak mempunyai sebarang hajat keperluan kepada seseorang makhluk. Sama ada kepada khalifah atau orang dibawahnya. Seharusnya manusia lain yang bergantung hajat kepadanya.
4. Imam Fudail bin Iyad RH juga berkata : Orang yang menghafal al-Quran membawa bersamanya panji Islam. Dia tidak seharusnya berseronok bersama dengan golongan yang sukakan keseronokkan. Dia tidak seharusnya lalai bersama dengan golongan yang lalai. Dan dia tidak seharusnya leka bersama dengan golongan yang leka.
5. Beliau berkata lagi : Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan untuk diamalkan. Maka manusia hendaklah mengambil bacaannya sebagai satu amalan iaitu dengan menghalalkan apa yang dihalalkan, mengharamkan apa yang ia haramkan dan berhenti pada perkara yang samar.
6. Sekiranya ahli al-Quran menjadi baik, nescaya manusia lain juga akan menjadi baik.
7. Daripada Sayyidina Anas bin Malik RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Akan didatangkan pada hari kiamat golongan pembaca al-Quran lalu Allah SWT berkata kepada mereka : Kamu semua adalah bekas penyimpan kalamku. Aku berikan kepada kamu semua sepertimana diberikan kepada para Nabi melainkan wahyu.”
8. Muhammad bin al-Husain RH berkata : “Di dalam kata-kata ini ada pengajaran bagi yang merenungnya. Bertaqwalah kepada Allah. Agungkanlah al-Quran dan peliharalah ia. Juallah barang yang akan musnah dengan barang yang pasti kekal. Dan Allah SWT akan merestui untuk tujuan itu.”
Berikut ini artikel/tulisan terkait Al-Qur’an:
Mengakrabkan diri dengan Al-Qur’an
Do’a Puasa Ramadhan Hari ke 1-30
Pahala Berlipat Ganda Di Bulan Ramadhan
28 Catatan Singkat Seputar Ramadhan
Tips Mudah dan Efektif Menghafal Al-Qur’an
Khutbah Jumat: Memaksimalkan Amal di Bulan Ramadhan
9 Etika Penghafal Al-Qur’an yang Harus Diperhatikan
Tips Mudah Mencari Halaman Pertama Setiap Djuz dalam Al-Qur’an
Keutamaan Menghafal 10 Ayat Qs. Al-Kahfi
Demikian, semoga bermanfaat adanya. Barakallahu fiikum. (*)
Sumber: WA Group Markaz Ibnu Abbas al-Islamy (Ikhwan)









